Malaysia legislation

Section 67

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 67

(2)

Pengarah suatu syarikat Langkawi, walaupun apa-apa jua dalam perkara persatuan, hendaklah, atas rekuisisi sepuluh anggota atau lebih, atau anggota yang pada tarikh rekuisisi didepositkan memegang tidak kurang daripada satu persepuluh jumlah modal berbayar syarikat itu, dengan serta-merta mengambil tindakan untuk memanggil suatu mesyuarat anggota.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 77

(3)

Tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara persatuan, seorang anggota hendaklah disifatkan sebagai hadir di suatu mesyuarat anggota jika—

(a)

dia menyertai melalui telefon atau cara elektronik lain;

dan

(b)

semua anggota yang menyertai mesyuarat itu boleh mendengar antara satu sama lain dan boleh mengenali suara masing-masing, dan bagi maksud ini penyertaan adalah menjadi bukti prima facie bagi pengecaman.

(4)

Seorang anggota boleh diwakili di suatu mesyuarat anggota oleh seorang proksi yang boleh bercakap dan mengundi bagi pihaknya.

(5)

Peruntukan yang berikut terpakai berkenaan dengan pemunyaan syer bersesama:

(a)

jika dua orang atau lebih memegang syer secara bersesama, setiap daripada mereka itu boleh hadir dengan sendirinya atau melalui proksi di suatu mesyuarat anggota dan boleh bercakap sebagai seorang anggota;

(b)

jika hanya seorang daripada mereka hadir dengan sendirinya atau melalui proksi, dia bolehlah mengundi bagi pihak mereka semua; dan

(c)

jika dua daripada mereka atau lebih hadir dengan sendirinya atau melalui proksi, mereka hendaklah mengundi sebagai satu.

Notis mesyuarat anggota