Malaysia legislation
Section 68
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 68
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), tetapi tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara persatuan, suatu mesyuarat anggota yang diadakan dengan melanggar kehendak
78
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
untuk memberikan notis adalah sah jika anggota yang memegang majoriti sebanyak sembilan puluh peratus, atau apa-apa majoriti yang kurang daripada itu sebagaimana yang dinyatakan dalam memorandum atau perkara persatuan—
(a)
daripada jumlah bilangan syer bagi anggota yang berhak mengundi ke atas semua perkara yang akan diambil kira di mesyuarat itu; atau
(b)
daripada undi setiap kelas atau siri syer jika anggota adalah berhak untuk mengundi ke atasnya sebagai suatu kelas atau siri bersama dengan suatu majoriti mutlak bagi undi yang selebihnya, telah menepikan notis mesyuarat itu; dan bagi maksud ini, kehadiran seorang anggota di mesyuarat itu hendaklah disifatkan sebagai suatu penepian di pihaknya.
(3)
Kegagalan yang tidak sengaja pengarah untuk memberikan notis bagi suatu mesyuarat kepada seorang anggota, atau hakikat bahawa seorang anggota tidak menerima notis itu, tidaklah menjadikan mesyuarat itu tidak sah.
Kuorum, pengerusi, pengundian, dsb., dalam mesyuarat