Malaysia legislation

Section 69

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 69

(a)

mana-mana anggota yang dilantik oleh anggota itu boleh menjadi pengerusi mesyuarat itu; dan

(b)

tiap-tiap anggota hendaklah mempunyai satu undi berkenaan dengan setiap syer yang dipegang olehnya.

(2)

Dalam suatu pengundian yang dibuat di suatu mesyuarat, seorang yang berhak kepada lebih daripada satu undi tidaklah perlu, jika dia mengundi, menggunakan semua undinya atau membuang semua undi yang digunakannya dengan cara yang sama.

(3)

Sesuatu perbadanan boleh, melalui ketetapan pengarahnya atau badan kawalan lainnya—

(a)

jika perbadanan itu adalah seorang anggota suatu syarikat

Langkawi, memberi kuasa kepada mana-mana orang

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 79

sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk bertindak sebagai wakilnya sama ada di suatu mesyuarat anggota tertentu atau di semua mesyuarat anggota syarikat itu atau mana-mana kelas anggota; atau

(b)

jika perbadanan itu adalah seorang pemiutang, termasuk seorang pemegang debentur, suatu syarikat Langkawi, memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk bertindak sebagai wakilnya sama ada di suatu mesyuarat anggota tertentu atau di semua mesyuarat mana-mana pemiutang syarikat itu, dan seseorang yang diberi kuasa sedemikian hendaklah, menurut autoritinya dan sehingga autoritinya dibatalkan oleh perbadanan itu, berhak untuk menjalankan, bagi pihak perbadanan itu, kuasa yang sama sepertimana yang boleh dijalankan oleh perbadanan itu sekiranya ia adalah seorang anggota individu, pemiutang atau pemegang debentur syarikat itu.

(4)

Jika—

(a)

seorang yang hadir di suatu mesyuarat anggota diberi kuasa untuk bertindak sebagai wakil suatu perbadanan di mesyuarat itu menurut kuasa suatu authoriti yang telah diberikan oleh perbadanan itu di bawah subseksyen (3);

dan

(b)

orang itu tidak selainnya berhak untuk menghadiri mesyuarat itu, perbadanan itu hendaklah, bagi maksud subseksyen (1), disifatkan sebagai hadir dengan sendirinya pada mesyuarat itu.

(5)

Sesuatu perakuan di bawah meterai perbadanan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan atau pembatalan pelantikan (mengikut mana-mana yang berkenaan) seorang wakil menurut subseksyen (3).

(6)

Jika—

(a)

suatu syarikat pemegangan berhak secara benefisial kepada keseluruhan syer terbitan suatu subsidiari; atau

(b)

suatu syarikat Langkawi mempunyai seorang anggota sahaja,

80

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

dan suatu minit ditandatangani oleh seorang wakil syarikat pemegangan yang diberi kuasa menurut subseksyen (3) atau ditandatangani oleh anggota tunggal yang menyatakan bahawa apa-apa tindakan, perkara atau benda, atau apa-apa ketetapan biasa atau khas, yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh memorandum atau perkara persatuan subsidiari itu untuk dibuat, dilaksanakan atau diluluskan oleh atau di suatu mesyuarat agung tahunan atau suatu mesyuarat luar biasa subsidiari atau syarikat Langkawi itu telah dibuat, dilaksanakan atau diluluskan, tindakan, perkara, benda atau ketetapan itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai telah dibuat, dilaksanakan, atau diluluskan dengan sewajarnya oleh atau di mesyuarat agung tahunan, atau mengikut kehendak hal itu, oleh atau di mesyuarat luar biasa subsidiari itu.

Pengundian oleh anggota