Malaysia legislation

Section 6

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 6

Langkawi

(2)

Perniagaan yang dirujuk dalam subseksyen (1) sekiranya dijalankan dalam, dari atau melalui Malaysia, hendaklah hanya dijalankan dalam, dari atau melalui Langkawi.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(3)

Tiada syarikat Langkawi boleh menjalankan apa-apa perniagaan dengan seseorang pemastautin Malaysia kecuali berhubung dengan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar atau memperoleh pembiayaan atau pemberian pinjaman berhubung dengan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), suatu syarikat Langkawi tidak boleh dikira sebagai menjalankan perniagaan dengan orang yang bermastautin di Malaysia hanya oleh sebab—

(a)

syarikat itu membuat atau menyenggarakan deposit dengan seseorang yang menjalankan perniagaan di dalam

Malaysia;

(b)

syarikat itu membuat atau mengadakan perhubungan profesional dengan mana-mana peguam dan wakil, akauntan, penyimpan kira, penasihat pelaburan, pemegang amanah atau orang lain yang seumpama yang menjalankan perniagaan di dalam Malaysia;

(c)

syarikat itu menyedia atau menyenggarakan buku dan rekod di dalam Malaysia;

(d)

syarikat itu mengadakan, di dalam Malaysia, mesyuarat pengarah atau anggotanya;

(e)

syarikat itu memperoleh atau memegang apa-apa pajakan mana-mana harta bagi maksud pengendaliannya atau sebagai tempat penginapan bagi pegawai atau pekerjanya;

(f)

syarikat itu memegang syer, obligasi hutang atau sekuriti lain dalam suatu syarikat Langkawi; atau

(g)

seorang pemastautin Malaysia memegang syer dalam syarikat Langkawi itu.

(5)

Suatu syarikat Langkawi boleh diuruskan oleh satu anggotanya atau lebih, yang dalam ini dirujuk sebagai “anggota pengurusan”, dan jika diuruskan sedemikian, hendaklah mempunyai apa-apa perkataan bersesuaian atau singkatannya dalam huruf rumi yang memperihalkannya sedemikian.

(6)

Anggota pengurusan yang dirujuk dalam subseksyen (5)

hendaklah, bagi maksud Akta ini, dianggap sebagai pengarah syarikat Langkawi itu.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 21

Section 6 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005