Malaysia legislation
Section 74
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 74
(2)
Suatu salinan tiap-tiap ketetapan atau perjanjian sedemikian yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah termaktub dalam atau dilampirkan pada tiap-tiap salinan memorandum, perkara persatuan atau prospektus, megikut mana-mana yang berkenaan, dan jika diubahkan, dikeluarkan selepas ketetapan itu diluluskan atau perjanjian itu dibuat.
(3)
Jika perkara persatuan suatu syarikat Langkawi belum didaftarkan, suatu salinan bercetak tiap-tiap ketetapan atau perjanjian itu hendaklah dikemukakan kepada mana-mana anggota atas permintaannya apabila dibayar apa-apa amaun (jika ada)
yang tidak melebihi amaun yang ditetapkan, sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat itu.
(4)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi—
(a)
ketetapan khas;
(b)
ketetapan yang telah dipersetujui oleh semua anggota suatu syarikat Langkawi, iaitu ketetapan yang, jika tidak dipersetujui sedemikian, tidak boleh menjadi berkesan bagi maksud ketetapan itu melainkan jika ia telah diluluskan sebagai ketetapan khas;
(c)
ketetapan atau perjanjian yang telah dipersetujui oleh semua anggota daripada kelas pemegang syer yang sama, iaitu ketetapan yang, jika tidak dipersetujui sedemikian, tidak boleh menjadi berkesan bagi maksud ketetapan itu melainkan jika ia telah diluluskan oleh suatu majoriti tertentu atau selainnya mengikut suatu cara tertentu;
dan
(d)
semua ketetapan atau perjanjian yang dengan berkesannya mengikat semua anggota daripada apa-apa kelas pemegang syer sama ada dipersetujui oleh semua anggota daripada kelas itu atau tidak.
(5)
Jika suatu syarikat Langkawi tidak mematuhi subseksyen
(1)
, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.
(6)
Jika sesuatu syarikat Langkawi tidak mematuhi subseksyen
(2)
atau (3), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 83
Penalti: Lima puluh ringgit bagi setiap salinan yang berkenaan dengannya keingkaran telah berlaku.
(7)
Bagi maksud subseksyen (5) dan (6), seorang pelikuidasi bagi suatu syarikat Langkawi hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai syarikat itu.
Minit prosiding