Malaysia legislation
Section 76
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 76
(a)
nama, kerakyatan dan alamat, dan apa-apa butir dan maklumat berkaitan yang lain, sebagaimana yang ditetapkan dalam perkara persatuan, bagi anggota, dan suatu pernyataan mengenai syer yang dipegang oleh setiap anggota, dengan membezakan setiap syer melalui nombornya (jika ada) atau melalui nombor (jika ada)
perakuan yang menjadi keterangan mengenai pemegangan anggota itu dan mengenai amaun yang dibayar atau yang dipersetujui sebagai dianggap telah dibayar atas syer setiap anggota;
(b)
tarikh yang nama setiap orang telah dicatatkan dalam daftar sebagai seorang anggota;
84
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(c)
tarikh yang mana-mana orang yang terhenti menjadi seorang anggota dalam masa tujuh tahun yang dahulunya telah terhenti menjadi anggota sedemikian; dan
(d)
tarikh bagi tiap-tiap pengumpukan syer kepada anggota dan bilangan syer yang terkandung dalam setiap pengumpukan.
(2)
Daftar anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini
.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini oleh suatu syarikat Langkawi, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.
Tempat daftar disimpan