Malaysia legislation
Section 78
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 78
Jika daftar anggota disimpan di tempat selain pejabat berdaftar suatu syarikat Langkawi dan oleh sebab apa-apa keingkaran oleh orang yang bertanggungjawab bagi tempat sedemikian syarikat itu tidak mematuhi seksyen 77 atau apa-apa kehendak lain Akta ini mengenai pengemukaan daftar itu, orang itu boleh dikenakan penalti yang sama seolah-olah dia adalah seorang pegawai syarikat yang ingkar itu.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 85