Malaysia legislation

Section 79

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 79

Kuasa Mahkamah untuk membetulkan daftar

(a)

nama mana-mana orang, tanpa sebab yang mencukupi, dicatatkan dalam atau ditinggalkan daripada daftar;

atau

(b)

keingkaran berlaku atau kelengahan yang tidak berpatutan terjadi dalam mencatatkan ke dalam daftar itu fakta mengenai mana-mana orang yang terhenti menjadi seorang anggota, orang yang terkilan atau mana-mana anggota syarikat itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk membetulkan daftar itu, dan

Mahkamah boleh menolak permohonan itu atau boleh mengarahkan pembetulan daftar itu dan pembayaran oleh syarikat itu bagi apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana pihak kepada permohonan itu.

(2)

Apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1),

Mahkamah boleh memutuskan—

(a)

apa-apa persoalan yang berhubungan dengan hak atau hak milik mana-mana orang yang adalah suatu pihak kepada permohonan itu supaya namanya dicatatkan dalam atau ditinggalkan daripada daftar itu, sama ada persoalan itu timbul antara anggota atau anggota yang dikatakan di suatu pihak dan syarikat Langkawi itu di suatu pihak yang lain; dan

(b)

secara amnya, apa-apa persoalan yang perlu atau suai manfaat untuk diputuskan bagi pembetulan daftar itu.

(3)

Mahkamah apabila membuat suatu perintah bagi pembetulan daftar itu hendaklah melalui perintahnya mengarahkan suatu notis mengenai pembetulan itu diserahkan kepada Pendaftar.

(4)

Tiada apa-apa permohonan untuk pembetulan sesuatu daftar berkenaan dengan sesuatu catatan yang telah dibuat dalam daftar lebih daripada tiga puluh tahun sebelum tarikh permohonan itu boleh dilayan oleh Mahkamah.

86

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

Section 79 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005