Malaysia legislation
Section 7
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 7
(2)
Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secara kehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meterai dan tandatangan Pendaftar.
(3)
Maka hendaklah dibayar kepada Pendaftar apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Pendaftar di bawah Akta ini tidak boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah untuk apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau yang diperintah untuk dilakukan atau yang ditinggalkan untuk dilakukan olehnya dengan suci hati dan dalam penjalanan apa-apa kuasa atau pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dicadangkan, yang diberikan atau dikenakan padanya oleh atau di bawah Akta ini.
Kuasa untuk memperoleh maklumat