Malaysia legislation
Section 81
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 81
(2)
Tiap-tiap syarikat Langkawi dan pengarah syarikat itu hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain syarikat itu dalam masa enam puluh hari selepas selesainya transaksi yang berhubungan dengan rekod itu.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 87
(3)
Rekod perakaunan dan rekod lain suatu syarikat Langkawi hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau di mana-mana tempat lain di Langkawi sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pengarah, dan rekod itu hendaklah pada bila-bila masa dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pengarah syarikat Langkawi itu dan hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang akan membolehkan rekod itu diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), rekod perakaunan dan rekod lain mengenai pengendalian suatu syarikat Langkawi di luar
Langkawi boleh disimpan oleh syarikat itu di suatu tempat di luar
Langkawi, dan hendaklah dihantar kepada dan disimpan di suatu tempat di Langkawi apa-apa pernyataan dan penyata berkenaan dengan perniagaan yang diuruskan dalam rekod perakaunan dan rekod lain yang disimpan sedemikian yang akan membolehkan supaya disediakan akaun untung dan kerugian dan kunci kira-kira yang benar dan adil dan apa-apa dokumen yang dikehendaki disertakan bersama dengannya.
(5)
Jika mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Langkawi menurut subseksyen (4), syarikat itu hendaklah, jika dikehendaki oleh Pendaftar untuk mengemukakan rekod perakaunan dan rekod lain itu di suatu tempat di Langkawi, mematuhi kehendak itu.
(6)
Pendaftar boleh, dalam mana-mana hal tertentu, mengarahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain bagi suatu syarikat
Langkawi dibuka untuk pemeriksaan oleh seorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak seorang pengarah suatu syarikat Langkawi, tetapi hanya apabila suatu aku janji bertulis diberikan kepada Pendaftar bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak akan dizahirkan olehnya kecuali kepada pengarah itu.
(7)
Mana-mana pengarah suatu syarikat Langkawi yang tidak mengambil semua langkah yang munasabah untuk menjamin supaya syarikat itu mematuhi kehendak seksyen ini dan seksyen 83 dan 84 melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Akaun hendaklah dibentangkan di hadapan mesyuarat