Malaysia legislation
Section 90
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 90
(a)
sesuatu penyusunan semula atau pembentukan semula sesuatu syarikat Langkawi yang diperbadankan di bawah
Akta ini;
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 91
(b)
sesuatu percantuman atau penyatuan satu syarikat Langkawi atau lebih dengan satu syarikat Langkawi lain atau lebih, jika syarikat yang berterusan itu atau syarikat yang disatukan itu adalah suatu syarikat Langkawi;
(c)
sesuatu pemisahan dua perniagaan atau lebih yang dijalankan oleh sesuatu syarikat Langkawi; atau
(d)
apa-apa gabungan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (c).
(2)
Pengarah suatu syarikat Langkawi boleh, melalui suatu ketetapan oleh pengarah, meluluskan sesuatu pelan perkiraan yang mengandungi butiran mengenai perkiraan yang dicadangkan.
(3)
Setelah pelan perkiraan diluluskan oleh pengarah, syarikat
Langkawi itu hendaklah membuat suatu permohonan kepada
Mahkamah untuk kelulusan bagi pelan perkiraan yang dicadangkan itu.
(4)
Mahkamah boleh, apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (3), membuat suatu perintah interim atau muktamad, dan dalam membuat perintah itu Mahkamah boleh—
(a)
menentukan apa-apa notis, jika ada, mengenai perkiraan yang dicadangkan itu yang perlu diberi kepada mana-mana orang;
(b)
menentukan sama ada kelulusan mengenai perkiraan yang dicadangkan itu oleh mana-mana orang hendaklah diperoleh dan cara memperoleh kelulusan itu;
(c)
menentukan sama ada mana-mana pemegang saham atau obligasi hutang dalam syarikat itu boleh menentang perkiraan yang dicadangkan itu dan menerima pembayaran bagi nilai sahamnya atau obligasi hutangnya;
(d)
menjalankan sesuatu pendengaran dan membenarkan mana-mana orang yang berkepentingan untuk hadir; dan
(e)
meluluskan atau menolak pelan perkiraan sebagaimana yang dicadangkan atau meluluskannya dengan apa-apa pindaan sepertimana yang diarahkan olehnya.
(5)
Jika Mahkamah membuat sesuatu perintah yang meluluskan suatu pelan perkiraan, pengarah syarikat Langkawi itu, jika mereka masih berminat untuk menyempurnakan pelan itu, hendaklah
92
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
mengesahkan pelan perkiraan sepertimana yang telah diluluskan oleh Mahkamah, sama ada atau tidak Mahkamah telah mengarahkan apa-apa pindaan dibuat kepada pelan perkiraan itu.
(6)
Pengarah syarikat Langkawi, setelah mengesahkan pelan perkiraan itu, hendaklah—
(a)
memberikan notis kepada orang yang Mahkamah kehendaki diberikan notis; dan
(b)
menyerahkan pelan perkiraan kepada orang itu untuk kelulusan jika dikehendaki oleh perintah Mahkamah.
(7)
Setelah pelan perkiraan telah diluluskan oleh orang yang daripadanya kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah, perkara perkiraan hendaklah disempurnakan oleh syarikat Langkawi itu dan hendaklah mengandungi—
(a)
pelan perkiraan itu;
(b)
perintah Mahkamah yang meluluskan pelan perkiraan itu;
dan
(c)
cara yang mana pelan perkiraan itu telah diluluskan, jika kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah.
(8)
Perkara perkiraan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar yang hendaklah menyimpan dan mendaftarkannya dalam daftar.
(9)
Apabila perkara perkiraan didaftarkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan sesuatu perakuan yang telah ditandatanganinya dan dimeterai yang memperakui bahawa perkara perkiraan telah didaftarkan.
(10)
Suatu perakuan perkiraan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (9) hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pematuhan semua kehendak Akta ini yang berkenaan dengan perkiraan itu.
(11)
Suatu perkiraan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perkara perkiraan didaftarkan oleh Pendaftar atau pada tarikh yang kemudiannya, yang mana tarikh itu hendaklah tidak lebih daripada tiga puluh hari dari tarikh perkara perkiraan itu didaftarkan dengan
Pendaftar, sebagaimana yang dinyatakan dalam perkara perkiraan itu.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 93
Peraturan-peraturan berkenaan dengan pengambilalihan dan percantuman