Malaysia legislation

Section 93

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 93

(2)

Tiap-tiap syarikat asing hendaklah, sebelum menubuhkan sesuatu tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan di

Langkawi, menyerahkan kepada Pendaftar untuk pendaftaran—

(a)

sesuatu salinan yang diperakui perakuan pemerbadanannya atau pendaftarannya di tempat ia diperbadankan atau di tempat asalnya, atau suatu dokumen yang mempunyai kesan yang seumpama;

(b)

sesuatu salinan yang diperakui piagam, statut atau memorandum dan perkara persatuan atau surat cara lain yang menjadi atau menentukan perlembagaan syarikat itu;

(c)

sesuatu senarai pengarah dan pegawainya yang mengandungi butir-butir yang seumpama berkenaan dengan pengarah syarikat itu sebagaimana yang dikehendaki terkandung dalam daftar pengarah dan pegawai suatu syarikat

Langkawi di bawah seksyen 65;

(d)

jika senarai yang dirujuk dalam perenggan (c) termasuk pengarah yang bermastautin di Langkawi yang merupakan anggota lembaga pengarah tempatan, suatu memorandum yang disempurnakan dengan sewajarnya oleh atau bagi pihak syarikat Langkawi asing itu yang menyatakan kuasa pengarah tempatan itu;

(e)

sesuatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil di bawah meterai syarikat Langkawi asing itu atau yang disempurnakan bagi pihak syarikat itu mengikut apa-apa cara yang mengikat syarikat itu dan, dalam mana-mana hal itu, yang ditentusahkan mengikut cara yang ditetapkan, yang menyatakan nama dan alamat suatu entiti pengurusan yang diberi kuasa untuk menerima bagi pihaknya penyampaian proses dan apa-apa notis yang dikehendaki untuk disampaikan ke atas syarikat itu; dan

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 95

(f)

sesuatu akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yang dibuat oleh seorang pegawai entiti pengurusan itu, dan Pendaftar bolehlah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mendaftarkan syarikat itu di bawah Bahagian ini sebagai suatu syarikat Langkawi asing dengan mendaftarkan dokumen itu.

(3)

Pendaftar hendaklah mengeluarkan sesuatu perakuan dalam bentuk yang ditetapkan berkenaan dengan tiap-tiap pendaftaran suatu syarikat Langkawi asing, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa kehendak mengenai pendaftaran telah dipatuhi.

(4)

Jika suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil yang diserahkan kepada Pendaftar menurut perenggan (2)(e) telah disempurnakan oleh seseorang bagi pihak suatu syarikat Langkawi asing, suatu salinan surat ikatan atau dokumen yang melaluinya orang itu diberi kuasa untuk menyempurnakan memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil itu, yang ditentusahkan melalui akuan berkanun mengikut cara yang ditetapkan, hendaklah diserahkan kepada Pendaftar dan salinannya hendaklah bagi segala maksud dikira sebagai salinan asal.

(5)

Suatu syarikat Langkawi asing hendaklah membayar suatu fi tahunan bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan tidak lewat daripada tiga puluh hari dari 1 Januari bagi setiap tahun kalendar.

Larangan dan sekatan ke atas syarikat Langkawi asing