Malaysia legislation
Section 96
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 96
Penyata hendaklah diserahkan apabila dokumen, dsb., diubah
(a)
piagam, statut, memorandum atau perkara persatuan sesuatu syarikat Langkawi asing, atau surat cara yang lain yang berhubungan dengan syarikat itu, yang diserahkan dengan
Pendaftar;
(b)
pengarah suatu syarikat Langkawi asing atau dalam nama atau alamat mana-mana pengarah;
(c)
alamat pejabat berdaftar suatu syarikat Langkawi asing di tempat pemerbadanannya atau tempat asalnya;
(d)
nama suatu syarikat Langkawi asing;
(e)
kuasa mana-mana pengarah yang bermastautin di Langkawi yang merupakan anggota lembaga pengarah tempatan suatu syarikat Langkawi asing; atau
(f)
entiti pengurusan atau nama atau alamat entiti pengurusan yang dirujuk dalam perenggan 93(2)(e), syarikat Langkawi asing itu hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pertukaran atau perubahan itu, menyerahkan kepada
Pendaftar butir-butir mengenai pertukaran atau perubahan itu dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan.
(2)
Apabila menerima butir-butir yang disebut terdahulu mengenai pertukaran atau perubahan itu, Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, mendaftarkan pertukaran atau perubahan itu.
(3)
Apabila diserahkan kepada Pendaftar butir-butir mengenai apa-apa pertukaran atau perubahan mengenai nama suatu syarikat
Langkawi asing yang dirujuk dalam perenggan (1)(d), Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan dalam bentuk yang ditetapkan yang telah ditandatanganinya dan dimeterai, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam semua Mahkamah mengenai pertukaran dan perubahan kepada nama syarikat itu.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 97
(4)
Jika sesuatu syarikat Langkawi asing menambahkan atau mengurangkan modal syer yang dibenarkan, syarikat itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran sedemikian, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai amaun yang daripadanya dan yang kepadanya ia telah ditukarkan sedemikian.
(5)
Jika sesuatu syarikat Langkawi asing yang tidak mempunyai modal syer menambahkan jumlah anggotanya yang melebihi nombor yang didaftarkan, ia hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas penambahan itu diputuskan atau berlaku, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai penambahan itu.
Penyampaian ke atas syarikat Langkawi asing