Malaysia legislation
Section 97
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 97
Apa-apa proses atau dokumen yang dikehendaki disampaikan ke atas sesuatu syarikat Langkawi asing disampaikan dengan secukupnya jika proses atau dokumen itu dialamatkan kepada syarikat Langkawi asing itu dan ditinggalkan atau dihantarkan melalui pos ke pejabat berdaftarnya di Langkawi, tetapi—
(a)
jika pada bila-bila masa pejabat berdaftar yang dimaklumkan tidak lagi wujud; atau
(b)
jika atas apa-apa sebab lain penyampaian proses atau notis tidak boleh disempurnakan, dokumen itu bolehlah disampaikan ke atas syarikat itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarkannya melalui pos kepada, mana-mana tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh syarikat itu di Langkawi, atau, jika tiada tempat perniagaan sedemikian telah ditubuhkan, dokumen itu bolehlah disampaikan ke atas syarikat itu melalui pos berdaftar ke mana-mana tempat perniagaan syarikat itu di negara syarikat itu diperbadankan.
Pemberhentian perniagaan di Langkawi