Malaysia legislation
Section 99
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 99
(a)
entiti pengurusan hendaklah, dalam masa satu bulan selepas bermulanya pelikuidasian atau pembubaran itu atau dalam apa-apa masa selanjutnya sebagaimana Pendaftar dalam hal keadaan khas boleh membenarkan, menyerahkan atau menyebabkan diserahkan kepada Pendaftar notis mengenai fakta itu dan, jika seorang pelikuidasi dilantik, suatu notis mengenai pelantikan itu;
(b)
Pendaftar hendaklah, selepas menerima notis itu, dengan serta-merta melantik seorang pelikuidasi dan, sehingga penggulungan hal ehwal syarikat itu di Langkawi selesai, syarikat Langkawi asing itu hendaklah disifatkan sebagai terus wujud di Langkawi; dan
(c)
Mahkamah hendaklah disifatkan telah memerintahkan supaya syarikat itu digulung.
(2)
Pelikuidasi yang dilantik oleh Pendaftar hendaklah mendapatkan semua aset syarikat Langkawi asing itu yang terletak atau yang boleh didapati kembali di Langkawi dan hendaklah, dalam berbuat sedemikian, mempunyai semua kuasa seseorang pelikuidasi sesuatu syarikat Langkawi.
(3)
Sebelum membayar atau memindahkan hakmilik kepada seorang pelikuidasi asing bagi suatu syarikat Langkawi asing di tempat ia dibentuk atau diperbadankan apa-apa aset yang didapati di dalam Langkawi, pelikuidasi yang dilantik oleh Pendaftar hendaklah—
(a)
membayar kepada Pendaftar semua penalti, kos, fi dan caj yang genap masa dan terhutang;
(b)
membayar amaun semua cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]; dan
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 99
(c)
membayar kepada mana-mana orang yang bermastautin di Langkawi yang kepadanya, pada masa pelantikan pelikuidasi di Langkawi, apa-apa hutang yang ditanggung bona fide oleh suatu syarikat Langkawi asing berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan kepada atau untuk syarikat Langkawi asing itu genap masa, amaun hutang sedemikian, dan apa-apa penalti, kos, fi, caj, cukai dan hutang sedemikian hendaklah menjadi suatu gadaian ke atas aset syarikat Langkawi asing itu yang berperingkat selepas kos pelikuidasi yang dilantik oleh Pendaftar tetapi mempunyai keutamaan daripada apa-apa juapun caj dan tuntutan yang lain.
(4)
Peruntukan Bahagian X Akta Syarikat 1965 yang berhubungan dengan pembatalan daripada daftar nama syarikat yang tidak berfungsi hendaklah terpakai mutatis mutandis kepada sesuatu syarikat Langkawi asing.
Nama syarikat Langkawi asing