Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KEWANGAN 2005

Seksyen 10

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

pemegang syer syarikat pada mana-mana tarikh hendaklah sebahagian besarnya sama sebagaimana pemegang syer pada mana-mana tarikh lain jika pada kedua-dua tarikh tersebut—

(i)

lebih daripada lima puluh peratus modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa syarikat dipegang oleh atau bagi pihak orang yang sama;

dan

(ii)

lebih daripada lima puluh peratus nilai nominal syer yang diuntukkan dalam syarikat yang sama dipegang oleh atau bagi pihak orang yang sama;

(b)

syer dalam syarikat dipegang oleh atau bagi pihak syarikat yang lain hendaklah disifatkan dipegang oleh pemegang syer syarikat yang terakhir disebut; dan

(c)

jika tempoh asas suatu syarikat bagi tahun taksiran 2005

berakhir pada atau selepas 1 Oktober 2005, hari terakhir untuk tempoh asas syarikat itu bagi tahun taksiran 2005

hendaklah disifatkan pada 30 September 2005.

(3)

Jika terdapat perubahan sebahagian besar dalam pemegang syer syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri boleh di bawah hal keadaan yang khas mengecualikan syarikat itu daripada peruntukan subseksyen itu.

Kewangan 13

(4)

Dalam seksyen ini, “ordinary share” mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 44(5C) Akta ibu.

Seksyen baru 44A