Malaysia legislation
Section 101
Seksyen 101
Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa atau pegawai polis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau di mana-mana tempat, premis, pada orang, di dalam mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah seksyen 100 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—
(a)
memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;
(b)
memberhentikan dan memeriksa orang, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu; dan
(c)
menyita apa-apa objek, bahan, buku, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
Pemeriksaan orang