Malaysia legislation

Section 112

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 112

(a)

mengorek, membina, menggali, membangun, menanam pokok, menguari, mengairi, membakar kapur atau mendeposit tanah atau sampah, di atas atau di tapak warisan atau kawasan pemuliharaan;

(b)

meroboh, mengganggu, menghalang, mengubah suai, menanda, meruntuhkan atau mengalih mana-mana monumen di mana-mana tapak warisan;

(c)

mendirikan apa-apa bangunan atau struktur bersebelahan dengan suatu monumen di dalam mana-mana tapak warisan;

(d)

memusnahkan perhubungan antara suatu bangunan dengan alam sekitarnya yang tidak selaras dengan ciri-ciri kejiranan di mana-mana tapak warisan;

(e)

membersihkan mana-mana kawasan atau mengganggu, memusnahkan atau mengalih mana-mana pokok, tumbuhan bawah, rumpai, rumput atau tumbuh-tumbuhan di mana-mana tapak warisan; atau

(f)

melakukan apa-apa aktiviti atau tindakan yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada tanah yang bersempadanan dan tanah di sekitarnya yang telah didaftarkan sebagai suatu tapak warisan.

Warisan Kebangsaan 75

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan yang berasal daripada tanah yang menjadi suatu warisan semula jadi atau warisan kebudayaan, hendaklah dianggap sebagai telah diekstrak, dialih atau diangkut atau dibenarkan pengekstrakan, pengalihan atau pengangkutan warisan semula jadi atau warisan kebudayaan itu tanpa kuasa yang sah.

(4)

Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan untuk membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2), pampasan yang bersamaan dengan nilai objek itu dan bagi apa-apa jua yang dirosakkan semasa pengekstrakannya.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), nilai apa-apa objek hendaklah, sekiranya tidak ada keterangan yang bertentangan, disifatkan sebagai apa-apa amaun sebagaimana yang diperakui oleh penilai Kerajaan

Persekutuan.

(6)

Apa-apa jumlah yang diperintahkan untuk dibayar di bawah subseksyen (4) boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu denda yang dikenakan atas sabitan.

Kesalahan berkenaan dengan objek warisan

Section 112 — AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 | mylaw.my