Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
pembayaran bagi pembelian warisan dan kawasan pemuliharaan mengikut Akta ini;
(b)
pembayaran belanja yang dilakukan bagi—
(i)
pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan dan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itu dipunyai oleh Kerajaan atau selainnya;
(ii)
menganjurkan kempen, penyelidikan, pembelajaran, penerbitan bahan bagi perlindungan warisan dan kawasan pemuliharaan; dan
(iii)
pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana butiran warisan dan aktiviti yang bersampingan dengannya;
(c)
apa-apa pembayaran pemberian atau pinjaman di bawah
Akta ini; dan
(d)
apa-apa pembayaran lain bagi maksud Akta ini.
Akaun dan audit