Malaysia legislation

Section 26

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 26

(2)

Pemunya atau penduduk tapak hendaklah diberikan suatu notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari dari apa-apa kemasukan yang dicadangkan.

(3)

Jika mana-mana orang membantah apa-apa kemasukan di bawah subseksyen (1) atas alasan keprihatinan atau keagamaan, kemasukan itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan kebenaran secara bertulis Pihak Berkuasa Negeri yang tapak itu terletak.

(4)

Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau penduduk itu disebabkan oleh kemasukan di bawah subseksyen (1).

(5)

Mana-mana orang yang menghalang Pesuruhjaya atau enggan membenarkan kemasukan ke dalam mana-mana tapak bagi pemeriksaan, peninjauan, penyiasatan, atau untuk menjalankan apa-apa kerja di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Notis kepada pemunya, dsb.