Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
mana-mana objek boleh alih yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya lima puluh tahun;
(b)
mana-mana bahagian daripada mana-mana objek yang telah pada mana-mana tarikh yang terkemudian ditambah atau dibina semula atau dibaik pulih; dan
(c)
mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun;
“butiran warisan” ertinya apa-apa Warisan Kebangsaan, tapak warisan, objek warisan atau warisan kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar;
“butiran warisan asing” ertinya mana-mana butiran yang ditetapkan dan dilindungi sedemikian oleh perundangan sesuatu negara asing, yang merupakan suatu pihak kepada suatu triti tentang perlindungan objek atau bahan kebudayaan;
“Daftar” ertinya Daftar Warisan Kebangsaan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 yang mengandungi suatu senarai butiran warisan;
“harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;
Warisan Kebangsaan 13
“kawasan” termasuklah kerja manusia atau gabungan kerja alam dan manusia, dan kawasan yang termasuk tapak zaman purba yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, estetik, etnologi atau antropologi;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Warisan yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;
“lapangan terbang kastam” dan “pelabuhan kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967
[Akta 235];
“Majlis” ertinya Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“melindungi” ertinya pengenalpastian, perlindungan, pemuliharaan, pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenan dan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atau tradisional dan persekitarannya;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi warisan;
“monumen” ertinya kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains;
“objek” termasuklah mana-mana benda purba boleh alih, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun;
“objek bersejarah” ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah dan termasuklah mana-mana—
(a)
bahan etnografi seperti alat rumah tangga atau pertanian, benda perhiasan atau perhiasan diri;
(b)
kerja seni seperti ukiran, pembuatan arca, lukisan, seni bina, tekstil, alat muzik, senjata dan apa-apa kerja tangan lain;
(c)
manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai; atau
(d)
kenderaan, kapal dan bot, yang sebahagian atau keseluruhannya yang pengeluarannya telah dihentikan;
14
Undang-Undang Malaysia
“objek warisan” ertinya sesuatu objek yang diisytiharkan di bawah seksyen 49 atau yang didaftarkan di bawah seksyen 51
sebagai objek warisan;
“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967;
“pegawai pelabuhan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. No. 70
tahun 1952];
“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 97;
“pelan pengurusan pemuliharaan” ertinya pelan bagi pemuliharaan yang disediakan di bawah seksyen 46;
“pembaikpulihan” ertinya proses memulihkan secara tepat, rupa bentuk dan perincian suatu struktur atau sebahagian daripada suatu struktur serta kedudukan struktur itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa, dengan mengalihkan kerja yang terkemudian dan menggantikan kerja asal yang hilang, dan termasuklah—
(a)
pembaikpulihan sepenuhnya yang melibatkan kedua-dua bahagian luar dan dalam;
(b)
pembaikpulihan sebahagian yang melibatkan bahagian luar, bahagian dalam, atau mana-mana gabungan sebahagian dan digunakan apabila hanya bahagian sesuatu struktur adalah penting dalam menunjukkan nilai kebudayaan pada peringkat kepentingan sejarah, atau menyumbang kepada nilai yang baginya kawasan itu ditetapkan; dan
(c)
pembaikpulihan secara penyesuaian yang melibatkan kesemua atau sebahagian pembaikpulihan luar dengan bahagian dalam disesuaikan bagi suatu kegunaan berfungsi moden;
“pembinaan semula” ertinya proses menghasilkan semula secara tepat melalui suatu pembinaan baru, rupa bentuk dan perincian suatu struktur yang telah hilang, atau sebahagian daripada struktur itu, sebagaimana yang didapati pada suatu tempoh masa dan termasuklah pembinaan semula keseluruhan atau sebahagian;
Warisan Kebangsaan 15
“pemeliharaan” ertinya bertujuan untuk memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau keadaan usang dan menyediakan struktur yang selamat dan kukuh tetapi tidak menjangkakan pembangunan semula yang penting dan termasuklah—
(a)
teknik membantutkan atau memperlahankan proses kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau struktur;
(b)
pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu struktur selamat, boleh didiami, atau selainnya berguna;
dan
(c)
penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak mengubah atau memudaratkan rupa fabrik atau sejarah sesuatu struktur;
“pemulihan” ertinya proses mengembalikan sesuatu harta kepada keadaan kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang memungkinkan penggunaan semasa yang efisien sambil memelihara bahagian dan ciri harta itu yang penting kepada seni bina bersejarahnya;
“pemuliharaan” termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana-mana gabungannya;
“pemunya”, berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya pemunya berdaftar atau pemegang melalui pegangan ikut adat tanah itu;
“penduduk” termasuklah orang yang bercucuk-tanam atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah, dan termasuklah mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan mana-mana harta alih di premis atau tanah itu;
“pengumpul” ertinya mana-mana orang yang memperoleh warisan kebudayaan boleh alih yang ketara bagi maksud selain bagi jualan;
“peniaga” ertinya mana-mana orang yang menerima keuntungan daripada pembelian dan penjualan semula ekshibit dan termasuklah seseorang peniaga berdaftar;
“peniaga berdaftar” ertinya mana-mana peniaga yang dilesenkan di bawah seksyen 91;
16
Undang-Undang Malaysia
“perairan Malaysia” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat tahun 1969 [P.U. (A) 307A/1969];
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Warisan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pihak berkuasa perancang tempatan” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] di Semenanjung Malaysia dan pihak berkuasa perancang yang berwibawa di bawah undang-undang
Negeri Sabah dan Sarawak;
“relik arkeologi” ertinya—
(a)
mana-mana mendapan arkeologi; atau
(b)
mana-mana artifak, peninggalan atau keterangan matan yang dikaitkan dengan mendapan arkeologi, di mana-mana bahagian Malaysia dan berusia lima puluh tahun atau lebih;
“rizab arkeologi” ertinya suatu kawasan yang di dalamnya relik arkeologi terletak;
“tapak” termasuklah mana-mana kawasan, tempat, zon, warisan semula jadi, monumen atau bangunan yang melekat pada tanah, rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman, pokok atau rizab arkeologi;
“tapak warisan” ertinya sesuatu tapak yang ditetapkan sebagai tapak warisan di bawah seksyen 24;
“warisan” membawa pengertian generik Warisan Kebangsaan, tapak, objek dan warisan kebudayaan di bawah air sama ada disenaraikan atau tidak dalam Daftar;
“Warisan Kebangsaan” ertinya mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air atau mana-mana orang hidup yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah seksyen 67;
Warisan Kebangsaan 17
“warisan kebudayaan” termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara harta, struktur atau artifak kebudayaan dan boleh termasuk perkara, objek, butiran, artifak, struktur pembentukan, persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan yang penting kepada cara hidup rakyat
Malaysia, dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semula jadi;
“warisan kebudayaan di bawah air” ertinya segala kesan kewujudan manusia yang mempunyai sifat kebudayaan, sejarah atau arkeologi yang sebahagiannya atau keseluruhannya di bawah air, berkala atau berterusan, selama sekurang-kurangnya satu ratus tahun seperti—
(a)
tapak, struktur, bangunan, artifak dan peninggalan manusia, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya;
(b)
vesel, pesawat udara, kenderaan lain atau mana-mana bahagiannya, kargo atau kandungan lainnya, bersama-sama dengan konteks arkeologi dan semula jadinya; dan
(c)
objek bersifat prasejarah;
“warisan kebudayaan ketara” termasuklah kawasan, monumen dan bangunan;
“warisan kebudayaan tidak ketara” termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan Malaysia atau mana-mana bahagian
Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat Malaysia;
“warisan kebudayaan yang penting” ertinya warisan kebudayaan yang mempunyai nilai estetik, arkeologi, seni bina, kebudayaan, sejarah, saintifik, sosial, spiritual, linguistik atau teknologi;
“warisan semula jadi” termasuklah ciri-ciri semula jadi mana-mana kawasan di Malaysia yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir laut atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyai nilai yang menonjol dari pandangan semula jadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semula jadi termasuk flora dan fauna Malaysia;
18
Undang-Undang Malaysia
“zon” ertinya sesuatu kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan bagi maksud pemeliharaan dan pembaikpulihan berkenaan dengan landskap luar bandar dan bandar, sama ada semula jadi atau buatan manusia, yang mempunyai apa-apa warisan kebudayaan yang penting.
(2)
Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(3)
Bagi maksud Akta ini, yang berikut tidak boleh dianggap sebagai warisan kebudayaan di bawah air:
(a)
saluran paip dan kabel yang ditempatkan di atas dasar laut; dan
(b)
pepasangan selain saluran paip dan kabel, yang ditempatkan di atas dasar laut.