Malaysia legislation

Section 31

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 31

Keputusan Pesuruhjaya

(a)

tapak itu ialah warisan kebudayaan yang penting; dan

(b)

Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan keizinannya di bawah seksyen 30, dia hendaklah—

(i)

menetapkan tapak itu sebagai tapak warisan;

30

Undang-Undang Malaysia

(ii)

merekodkan tapak warisan itu dalam Daftar; dan

(iii)

memberi pemunya suatu notis bertulis mengenai keputusan Pesuruhjaya itu.

(2)

Dengan seberapa segara yang mungkin selepas keputusan dibuat di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah—

(a)

menyebabkan disiarkan dalam Warta dan akhbar tempatan—

(i)

suatu notis bahawa tapak itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan; dan

(ii)

apa-apa perkara lain yang membentuk atau yang berhubungan dengan penetapan itu yang pada pendapatnya wajar disiarkan; dan

(b)

memfailkan suatu notis di pejabat tanah tempat tapak warisan itu terletak yang memaklumkan bahawa tapak itu telah ditetapkan sebagai tapak warisan.

(3)

Jika Pesuruhjaya membuat keputusan tidak meneruskan penetapan tapak yang dicadangkan, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemunya tapak dan pejabat tanah tempat tapak itu terletak secara bertulis mengenai keputusan itu, dengan atau tanpa memberikan apa-apa sebab.

Notis kepada pihak berkuasa perancang tempatan