Malaysia legislation

Section 11

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 11

(a)

mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai;

(b)

mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu;

(c)

menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan sama ada melalui penahanan harta atau ikat jamin atau jaminan lain menurut bidang kuasa admiralti Mahkamah

Tinggi;

(d)

memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau

(e)

menyediakan jaminan bagi kos pertikaian itu.

(2)

Jika suatu pihak memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan apa-apa langkah interim dan suatu tribunal timbang tara telah membuat keputusan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan permohonan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah menganggap apa-apa dapatan fakta yang dibuat dalam perjalanan keputusan itu oleh tribunal timbang tara itu sebagai muktamad bagi maksud permohonan itu.

(3)

Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 646

Section 11 — AKTA TIMBANGTARA 2005 | mylaw.my