Malaysia legislation

Section 9

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 9

(2)

Suatu perjanjian timbang tara boleh berupa dalam bentuk suatu fasal timbang tara dalam suatu perjanjian atau dalam bentuk suatu perjanjian yang berasingan.

(3)

Suatu perjanjian timbang tara hendaklah secara bertulis.

(4)

Suatu perjanjian timbang tara adalah secara bertulis—

(a)

jika kandungannya direkodkan dalam apa jua bentuk, sama ada atau tidak perjanjian timbang tara atau kontrak itu telah dipersetujui secara lisan, melalui kelakuan, atau dengan cara lain; atau

(b)

jika perjanjian itu terkandung dalam suatu pertukaran pernyataan tuntutan dan pembelaan yang dalamnya kewujudan suatu perjanjian dikatakan oleh satu pihak dan tidak dinafikan oleh pihak yang satu lagi.

(4a)

Kehendak suatu perjanjian timbang tara dibuat secara bertulis dipenuhi oleh apa-apa komunikasi elektronik yang dibuat oleh pihak-pihak melalui mesej data jika maklumat yang terkandung dalamnya boleh diakses supaya boleh digunakan untuk rujukan yang berikutnya.

(5)

Sebutan dalam suatu perjanjian mengenai suatu dokumen yang mengandungi fasal timbang tara hendaklah menjadi suatu perjanjian timbang tara, dengan syarat bahawa perjanjian itu adalah secara bertulis dan sebutan itu adalah yang sedemikian untuk menjadikan fasal itu sebahagian daripada perjanjian itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “mesej data” ertinya maklumat yang dijana, dihantar, diterima atau disimpan dengan cara elektronik, magnetik, optik atau cara seumpamanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran data elektronik, mel elektronik, telegram, teleks atau salinan teleks.

Perjanjian timbang tara dan tuntutan substantif di hadapan mahkamah

Section 9 — AKTA TIMBANGTARA 2005 | mylaw.my