Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 11

Pengosongan jawatan

(a)

jika dia mati;

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 652

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti suatu denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Majlis atau selainnya, yang dengan sedemikian rupa telah mencemarkan nama baik

Majlis;

(d)

jika dia menjadi seorang bankrap;

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(f)

jika dia meletakkan jawatannya; atau

(g)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, tanpa kebenaran

Menteri.

Mesyuarat