Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 17

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subsekyen (1)

atas kuasa, fungsi dan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentauliahan program latihan kemahiran; dan

(b)

pentadbiran dan pengawalan Sistem Persijilan Kemahiran

Malaysia.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi bagi pengesahan dokumen yang dikehendaki bagi maksud menjalankan kuasa, melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini.

(4)

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, boleh melantik seorang pegawai awam menjadi Timbalan Ketua Pengarah

Pembangunan Kemahiran, sebagaimana yang perlu bagi maksud

Akta ini.

(5)

Menteri boleh melantik seorang pegawai awam menjadi

Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah,

Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(6)

Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya atau menunaikan kewajipannya, kuasa itu hendaklah diambil alih dan bolehlah dijalankan, fungsinya dilaksanakan dan kewajipannya ditunaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah.

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 17

Pewakilan kuasa