Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 23

Mana-mana penyedia latihan kemahiran hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk diluluskan program latihan kemahirannya sebagai suatu program bertauliah dan hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:

(a)

ia mempunyai kurikulum latihan yang berupaya untuk menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan yang berkaitan;

(b)

ia mempunyai, atau mempunyai akses kepada premis, kemudahan latihan atau teknologi bagi maksud menyediakan latihan kemahiran dan menjalankan penilaian bagi memenuhi kehendak Standard yang berkaitan;

(c)

ia mempunyai pekerja atau, mempunyai akses kepada, pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran serta berupaya menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan; dan

(d)

ia boleh memenuhi polisi dan tatacara jaminan kualiti yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah.

Permohonan bagi pentauliahan

Section 23 — AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006