Malaysia legislation

Section 24

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 24

(2)

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pentauliahan dan sebelum menentukannya, Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 652

(4)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh penyedia latihan kemahiran dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa tempoh lanjutan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi suatu permohonan baru boleh dibuat oleh penyedia latihan kemahiran.

(5)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran hendaklah pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa premis penyedia latihan kemahiran untuk menentusahkan kesahan permohonan.

Kuasa untuk melulus atau menolak permohonan