Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“iklan” ertinya apa-apa siaran, pekeliling, notis atau apa-apa komunikasi lisan atau bertulis, sama ada disiarkan melalui perantara elektronik atau apa-apa media lain, atau apa-apa pameran di atas apa-apa papan tanda atau binaan, struktur atau peralatan lain, atau apa-apa bentuk komunikasi elektronik kepada orang awam bagi maksud mempromosikan sesuatu penyedia latihan kemahiran atau program latihan;

“industri” ertinya apa-apa aktiviti ekonomi, dan termasuklah aktiviti pertanian, pengilangan dan perkhidmatan;

“Inspektor” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 37 untuk melaksanakan apa-apa kewajipan tugas berkaitan dengan pemeriksaan dan pengesahan;

“kemahiran” ertinya suatu kebolehan yang diperoleh dan yang diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan cekap;

“Ketua Pengarah” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen 17;

“kurikulum” ertinya kandungan anjuran suatu program penyelidikan yang telah dibuat oleh suatu penyedia latihan kemahiran yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan, masa yang diuntukkan kepada setiap aktiviti, dan turutannya;

“latihan kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja;

“Majlis” ertinya Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan



“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 40 untuk melaksanakan kewajipan yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan penyiasatan;

“pelatih” ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran;

“pengajar” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi latihan kemahiran dan bagi membimbing, menyelia dan menilai kebolehan seseorang pelatih untuk mengasimilasikan aspek teori dan amali latihan itu;

“pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran;

“penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan perbadanan, organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang mengendalikan program latihan kemahiran yang maksud utamanya adalah bagi memenuhi kehendak Standard berkaitan;

“perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan awam di bawah

Perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan;

“premis” ertinya mana-mana bangunan atau tempat lain yang digunakan untuk latihan, penginapan dan kemudahan lain untuk pelatih dan kakitangan penyedia latihan kemahiran atau pusat bertauliah tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang didudukinya;

“program bertauliah” ertinya program latihan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah;

“program latihan” ertinya suatu kumpulan aktiviti latihan dan penilaian, dan hasil pembelajaran bagi suatu pekerjaan tertentu;

“pusat bertauliah” ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu

Sijil;

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 652

“Sijil” ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 34;

“sijil pentauliahan” ertinya sijil yang dianugerahkan kepada penyedia latihan kemahiran untuk menjalankan suatu program bertauliah;

“Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia” ertinya polisi, mekanisme

Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu

Sijil oleh Ketua Pengarah;

“Standard” ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta ini;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri di bawah subseksyen 1(2).