Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran
(a)
memasuki pada bila-bila masa mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau yang digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh suatu penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran bagi program yang ditauliahkan;
(b)
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang difikirkannya perlu;
(c)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik yang diperiksa di bawah perenggan
(b)
; dan
(d)
menghendaki mana-mana orang, sebagai seorang anggota lembaga pengarah, seorang ketua eksekutif, pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik, yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberi berhubung dengan—
(i)
pengurusan penyedia latihan kemahiran; atau
(ii)
latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu.
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 25