Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 43

Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini pegawai penguat kuasa boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, penyata kewangan, dokumen, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; dan

(b)

memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.

Penyitaan dokumen, dsb.