Malaysia legislation

Section 44

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 44

Jika seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikemukakan di bawah seksyen 43

dan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.