Malaysia legislation

Section 45

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 45

Permohonan waran geledah

Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon suatu waran geledah kepada seorang

Majistret dengan cara maklumat bertulis secara sumpah.

Section 45 — AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006