Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah
Jika Majistret berpuas hati bahawa adanya perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai penguat kuasa,
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 27
pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu;
(b)
untuk menggeledah dan menyita dan mengambil apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan, atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik—
(i)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
(ii)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau
(iii)
yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang perlakuan kesalahan itu;
(c)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh memasuki ke dalamnya;
(d)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia mempunyai kuasa untuk melakukan; atau
(e)
menahan tiap-tiap orang yang berada dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Kuasa untuk memasuki premis tanpa waran atau notis