Malaysia legislation

Section 48

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 48

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa, disebabkan kelengahan mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 46—

(a)

penyiasatan itu akan terjejas;

(b)

tujuan kemasukan itu mungkin akan terhalang;

(c)

buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau

(d)

keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, dan berkenaan dengan, premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 46 secara sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk mengelak