Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 49

(a)

tanpa ditetapkan dalam sijil pentauliahan di bawah subseksyen 26(1); atau

(b)

dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh

Menteri atau Ketua Pengarah, pegawai penguat kuasa itu boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang disifatkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premis itu.

(2)

Penyedia latihan kemahiran yang menggunakan premis yang telah dilak hendaklah—

(a)

dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah sijil pentauliahan;

dan

(b)

menanggung apa-apa kos yang ditanggung berbangkit daripada tindakan itu.

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 29

(3)

Pengelakan itu hendaklah dibuka jika—

(a)

penyedia latihan kemahiran itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau

(b)

suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap penyedia latihan kemahiran itu untuk berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu, mana-mana satu yang lebih awal.

(4)

Pegawai penguat kuasa yang melakukan tindakan di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan atau kerosakan pada premis yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.

(5)

Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan premis itu tidaklah menghalang pendakwaan terhadap mana-mana penyedia latihan kemahiran yang menggunakan premis itu yang berlawanan dengan Akta ini.

Pengemukaan kad kuasa

Section 49 — AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006