Malaysia legislation

Section 54

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 54

(a)

menghentikan penyiaran atau pameran iklan yang sedang diteruskan itu;

(b)

mengubahsuaikan iklan itu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(c)

menghentikan penyiaran atau pameran mana-mana iklan yang keseluruhannya atau sebahagiannya ialah suatu pengulangan iklan itu;

(d)

mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap penyiaran atau pamerannya;

atau

(e)

menyiarkan suatu pernyataan mengikut cara sebagaimana dengan iklan yang dikeluarkan sebelumnya untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengubah, menambah kepada, mengubah pinda, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), melalui notis secara bertulis kepada penyedia latihan kemahiran yang berkenaan.

(3)

Mana-mana iklan berhubung dengan penyedia latihan kemahiran itu hendaklah mengandungi nombor kelulusan pendaftaran penyedia latihan kemahiran dan pentauliahan program.

(4)

Mana-mana orang atau penyedia latihan kemahiran yang melanggar arahan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan persijilan

Section 54 — AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006