Malaysia legislation

Section 59

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 59

Mana-mana orang—

(a)

yang gagal mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikehendaki oleh Inspektor di bawah seksyen 39; atau

(b)

yang menghalang atau enggan membenarkan seseorang

Inspektor di bawah seksyen 39 untuk—

(i)

memasuki mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan oleh, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada didaftarkan atau tidak bagi kegunaan, oleh suatu penyedia latihan kemahiran;

(ii)

memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik, yang difikirkannya perlu;

(iii)

mengalih dan menahan apa-apa buku, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang pada pendapatnya, boleh dijadikan keterangan tentang pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan

(iv)

menghendaki mana-mana orang, sebagai seorang anggota lembaga pengarah, seorang ketua eksekutif, seorang pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, untuk mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang

34

Undang-Undang Malaysia

Akta 652

lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang berada dalam milikan atau jagaan orang itu atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberi yang berkenaan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran atau berkenaan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu.

(c)

yang disaman di bawah seksyen 42 dan tanpa alasan yang munasabah, gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya menurut undang-undang;

(d)

yang gagal mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik yang dikehendaki oleh pegawai penguat kuasa di bawah seksyen 43;

(e)

yang memasuki premis yang dilak tanpa alasan yang munasabah atau keizinan bertulis daripada pegawai penguat kuasa;

(f)

yang memindahkan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik daripada premis yang dilak tanpa keizinan bertulis daripada pegawai penguat kuasa; atau

(g)

yang menggalang atau menghalang seorang pegawai penguat kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasanya di bawah seksyen 41, 42, 43, atau 47, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penalti am