Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
Ketua Pengarah; dan
(c)
sembilan orang anggota di mana—
(i)
seorang anggota mewakili Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri;
(ii)
seorang anggota mewakili Jabatan Perkhidmatan
Awam;
(iii)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelajaran;
(iv)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi;
(v)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
(vi)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan;
(vii)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan usahawan;
(viii)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian; dan
(ix)
seorang anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kerja raya; dan
(d)
sepuluh orang anggota di mana—
(i)
enam orang anggota mewakili sektor swasta;
(ii)
seorang anggota yang mewakili penyedia latihan kemahiran swasta;
(iii)
seorang anggota mewakili pertubuhan wanita; dan
(iv)
dua orang anggota yang mempunyai, pada pendapat
Menteri, pengetahuan khas atau pengalaman dalam latihan kemahiran.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
(2)
Menteri hendaklah, dalam membuat pelantikan di bawah perenggan (1)(d) mengambil kira kepentingan kumpulan dan pertubuhan yang berkenaan dengan latihan kemahiran dan hendaklah memilih orang yang pada pendapatnya mungkin menyumbang secara berkesan kepada fungsi Majlis.
(3)
Menteri boleh bagi setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) dan (1)(d) melantik seseorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Majlis menggantikan anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir tanpa apa-apa sebab.
(4)
Apabila menghadiri mesyuarat Majlis menggantikan anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah disifatkan sebagai seorang anggota Majlis.
Timbalan Pengerusi