Malaysia legislation

Section 62

of AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 62

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang setaraf bagi pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu;

atau

(c)

dalam hal suatu persatuan, tiap-tiap pemegang jawatan persatuan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau persatuan dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berhati-hati yang munasabah atau bahawa dia telah melakukan segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.

Tanggungjawab penyedia latihan kemahiran bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen