Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
Anggapan
Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah—
(a)
palsu atau tidak benar pada keseluruhan atau sebahagiannya; atau 38
Undang-Undang Malaysia
Akta 652
(b)
mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau pernyataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya.