Malaysia legislation

Section 10

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 10

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kepada mana-mana anggota atau mana-mana jawatankuasa anggotanya kuasa dan autoriti untuk menjalankan dan melaksanakan bagi pihaknya kuasa atau fungsi yang terletak hak pada Lembaga di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan kuasa atau fungsi yang diwakilkan itu boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh anggota atau jawatankuasa tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga, tetapi tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga.