Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Undang-Undang Malaysia 14
(2)
Lembaga Pengajian hendaklah terdiri daripada—
(a)
Rektor sebagai pengerusi;
(b)
semua Timbalan Rektor;
(c)
semua Ketua Fakulti, Jabatan atau Pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 15
(d)
tiga anggota kanan kakitangan akademik Akademi yang dilantik oleh Lembaga.
(3)
Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga Pengajian.
(4)
Pelantikan di bawah perenggan 2(d) hendaklah bagi suatu tempoh yang ditentukan dalam surat pelantikan.
(5)
Rektor boleh melantik mana-mana orang lain menjadi anggota
Lembaga Pengajian atau untuk menghadiri mesyuarat Lembaga
Pengajian, tetapi orang yang dilantik itu tidak mempunyai hak mengundi.
(6)
Semasa ketidakhadiran Rektor, seorang Timbalan Rektor hendaklah menjadi pengerusi pada mana-mana mesyuarat Lembaga
Pengajian.
(7)
Lembaga Pengajian hendaklah membuat syor kepada Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan—
(a)
kandungan dan penyusunan kursus pengajian yang diadakan di Akademi;
(b)
kaedah pendidikan, pengajaran dan latihan yang dijalankan di Akademi;
(c)
standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di Akademi;
(d)
kurikulum dan kursus pengajian yang dijalankan di
Akademi;
(e)
kebolehlaksanaan atau selainnya tentang apa-apa cadangan berkenaan dengan mana-mana kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau yang akan dijalankan di
Akademi;
(f)
penentuan kelayakan yang diperlukan bagi penerimaan masuk ke mana-mana kursus pengajian yang diadakan di
Akademi;
(g)
cadangan bagi penubuhan apa-apa kursus pengajian baru yang hendak dijalankan atau pemberhentian mana-mana kursus pengajian sedia ada yang dijalankan di Akademi;
dan
(h)
pengurniaan penghormatan akademik, fellowship, kelayakan profesional, hadiah, biasiswa dan kepujian akademik lain.
Undang-Undang Malaysia 16
(8)
Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung dengan mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (7)
melainkan jika Lembaga Pengajian telah terlebih dahulu diberi peluang untuk merakam dan menyerahkan kepada Lembaga pendapatnya.
(9)
Bagi maksud membolehkannya melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya, Lembaga Pengajian boleh melantik apa-apa jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang terdiri daripada anggotanya dan juga mana-mana orang yang dilantik sebagai anggota di bawah subseksyen (5), dengan syarat bahawa mana-mana orang yang dilantik itu tidak mempunyai hak mengundi.
(10)
Lembaga Pengajian boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau kewajipannya kepada jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya.
(11)
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga Pengajian boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(12)
Peruntukan dalam Jadual Pertama, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi Lembaga Pengajian yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga.
(13)
Dalam pemakaian Jadual Pertama bagi Lembaga Pengajian—
(a)
sebutan mengenai Lembaga hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga Pengajian; dan
(b)
sebutan mengenai Pengerusi hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai pengerusi Lembaga Pengajian.