Malaysia legislation

Section 13

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 13

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan

Rektor tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (2), terma jawatan dan syarat perkhidmatan lain Rektor hendaklah ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengikat Akademi.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 17

(4)

Rektor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik bagi Akademi.

(5)

Adalah menjadi kewajipan Rektor untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi, dan ia hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi maksud ini.

(6)

Rektor hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, menjalankan pengawasan am ke atas perkiraan bagi pendidikan, pengajaran, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan disiplin dalam Akademi, dan boleh menjalankan semua kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.

(7)

Maka hendaklah ada seorang atau lebih Timbalan Rektor yang akan dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Rektor.

(8)

Mana-mana orang yang sesuai dan wajar sama ada dari dalam atau luar Akademi boleh dilantik sebagai Timbalan Rektor, dan terma jawatan dan syarat perkhidmatan lain seorang Timbalan

Rektor akan ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan

Rektor.

(9)

Jika Rektor tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, menjalankan apa-apa fungsi jawatannya, Timbalan

Rektor atau, jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Rektor, mana-mana seorang daripada mereka sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi tersebut, dan sekiranya

Timbalan Rektor atau semua Timbalan Rektor (jika terdapat lebih daripada seorang) tidak hadir atau tidak berupaya, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara sebagaimana yang difikirkannya wajar bagi menjalankan fungsi tersebut.

(10)

Timbalan Rektor yang dinamakan di bawah subseksyen

(9)

hendaklah memangku jawatan Rektor dalam masa mana-mana tempoh yang jawatan Rektor itu adalah kosong.

Pendaftar