Malaysia legislation

Section 17

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 17

(2)

Rektor hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 42.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 19

(3)

Rektor boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi tatatertibnya kepada Timbalan Rektor atau mana-mana anggota kakitangannya berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu, atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Akademi.

(4)

Timbalan Rektor atau anggota kakitangan yang diwakilkan dengan kuasa, kewajipan atau fungsi tatatertib di bawah subseksyen

(3)

hendaklah menjalankan, menunaikan atau melaksanakannya di bawah arahan dan kawalan Rektor yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan Timbalan Rektor atau anggota kakitangan.

(5)

Mana-mana pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan—

(a)

Rektor; atau

(b)

mana-mana orang yang diwakilkan dengan kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3), boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dan Menteri boleh, jika difikirkannya patut, menolak rayuan itu.

(6)

Jika Menteri tidak menolak rayuan itu di bawah subseksyen

(5)

, beliau hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar Akademi, untuk menimbangkan rayuan itu dan mengemukakan syor kepadanya, dan, apabila syor itu diterima, Menteri boleh memberikan keputusan mengenai rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Section 17 — AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN ACT 2006