Malaysia legislation

Section 21

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 21

(a)

sama ada ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang atau tidak;

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 21

(b)

sama ada ia di dalam atau di luar Akademi; dan

(c)

sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.

(2)

Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, boleh mempunyai apa-apa gabungan, penyekutuan, atau apa-apa urusan lain dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang—

(a)

sama ada ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang atau tidak;

(b)

sama ada ia di dalam atau di luar Akademi; dan

(c)

sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri.

(3)

Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa pun yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan—

(a)

sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau

(b)

sokongan atau simpati kepada mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau

(3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Larangan pemungutan wang oleh pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar