Malaysia legislation

Section 22

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 22

(a)

memungut atau cuba memungut;

(b)

menggalakkan atau cuba menggalakkan apa-apa pemungutan; atau

(c)

membuat atau cuba membuat apa-apa rayuan secara lisan atau bertulis atau selainnya bagi, apa-apa wang atau harta lain daripada mana-mana orang, yang bukan wang atau harta yang kena dibayar atau hampir kena dibayar di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi lain di sisi undang-undang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberi pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.

(4)

Tanpa menjejaskan peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (3) kepada

Rektor berkenaan dengan pemungutan wang di dalam kampus daripada orang di dalam kampus, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu.

(5)

Peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemungutan rumah ke rumah dan di jalan, pemungutan awam, atau pemungutan wang atau jualan lencana.

Liabiliti jenayah pemegang jawatan, dsb., dalam pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar