Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
sama ada mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya atau tidak; dan
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 23
(b)
kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau menurut Akta ini, tiap-tiap pemegang jawatan dalam pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tersebut pada masa kesalahan itu dilakukan hendaklah disifatkan sebagai bersalah melakukan kesalahan tersebut dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang, melainkan dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia telah melaksanakan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(2)
Mana-mana pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang dirujuk dalam subseksyen
(1)
boleh didakwa di bawah seksyen ini walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan tersebut.
(3)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini ke atas seseorang pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang dirujuk dalam subseksyen
(1)
, apa-apa dokumen yang ditemui dalam milikan mana-mana pemegang jawatan, atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan tersebut, atau dalam milikan seseorang anggota pertubuhan, badan atau kumpulan tersebut, adalah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Anggapan