Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini—
(a)
adalah tidak perlu bagi pendakwaan itu membuktikan sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang memiliki sesuatu nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan sesuatu nama tertentu;
Undang-Undang Malaysia 24
(b)
jika apa-apa buku, akaun, penulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi atau yang berhubungan dengan, atau berupa sebagai berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang, ditemui dalam pemilikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu adalah anggota pertubuhan, badan atau kumpulan tersebut dan pertubuhan, badan atau kumpulan tersebut hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, wujud pada masa buku, akaun, penulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran itu dijumpai sedemikian;
dan
(c)
jika apa-apa buku, akaun, penulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi atau yang berhubungan dengan, atau berupa sebagai berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang ditemui dalam pemilikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan jenayah atau yang terhadapnya kesalahan jenayah dibuktikan