Malaysia legislation

Section 25

of AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006

Seksyen 25

(a)

dia boleh, dengan serta-merta selepas itu digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan

(b)

dia tidak boleh, jika digantung sedemikian di bawah perenggan (a), sementara menunggu keputusan prosiding jenayah itu, berada di dalam atau memasuki kampus

Akademi.

(2)

Jika mahkamah mendapati bahawa pertuduhan atas suatu kesalahan jenayah dibuktikan terhadap seseorang pelajar—

(a)

pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu terhenti menjadi seorang pelajar; dan

(b)

pelajar itu, dengan serta-merta selepas itu tidak boleh berada di dalam atau memasuki kampus Akademi.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 25

(3)

Seseorang pelajar yang ditahan atau yang tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri—

(a)

hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, terhenti menjadi pelajar; dan

(b)

tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Akademi.

(4)

Seseorang pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah subseksyen (2) atau (3) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk sebagai pelajar Akademi tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Menteri, dan jika Menteri memberikan kebenaran tersebut, Menteri boleh mengenakan terma dan syarat tertentu yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.

(5)

Mana-mana orang—

(a)

yang berada di dalam, atau memasuki kampus Akademi berlawanan dengan subseksyen (1), (2) atau (3); atau

(b)

yang dapat masuk ke Akademi berlawanan dengan subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(6)

Subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi seseorang walaupun mungkin terdapat apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain olehnya atau oleh mana-mana orang lain yang belum selesai di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain yang berhubungan dengan prosiding jenayah, tahanan, atau perintah yang mengenakan sekatan, mengikut mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa apabila pemutusan dibuat bagi permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain, Menteri boleh, atas budi bicara mutlaknya, mengambil kira pemutusan tersebut dan memberikan pengecualian kepada pelajar itu daripada pemakaian subseksyen

(1)

, (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.

Undang-Undang Malaysia 26

(7)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam apa-apa hal tertentu, atas budi bicara mutlaknya, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), (2), (3), (4) atau

(5)

, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada—

(a)

tanpa syarat;

(b)

mengikut terma dan syarat tertentu; atau

(c)

bagi apa-apa tempoh, yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.

Kuasa Lembaga untuk menggantung atau membuang pelajar daripada Akademi